ISSUE Magazine

Kenal Bola, Kenal Diri by Limau Daun Merah

Aku lelaki, 25; masih tak faham apa yang best sangat pasal bola.

Dua team berlari-lari ke hulu, ke hilir, kejar-kejar, tolak-tolak bola, apa benda yang diorang nak buat ini sebenarnya?

Kenapa kalau nak golkan bola tu tak tolak ke depan, kan gol tu kat depan? Kenapa nak kena hantar balik ke belakang?

Kalau sekali tak apa, tapi dalam 90 minit lebih satu game, berapa minit sangatlah diorang ni main kat depan gol.

Mungkin aku masih tak faham game ni sebab aku baru sangat start tengok bola.

Sepanjang-panjang aku hidup, memang ikut pasukan sukan ini bukan benda yang aku reti buat.

Aku bersukan-bersukan jugak; mak bapak aku selalu push aku dulu suruh masuk renanglah, badmintonlah, taekwandolah, tapi tak pernah pulak aku dididik di rumah untuk ikut mana-mana kumpulan sukan.

Dalam kepala aku memang kalau kau sebut sukan, apa yang timbul ialah: main, dengan badan kau, guna kudrat kau.

Setakat tengok orang main dalam tv, itu bukannya sukan. Itu hiburan.

Tapi berbalik kepada point aku tadi.

Aku lelaki muda. Melayu pulak tu.

Memang ada masalah besar kalau kau dalam demografik tu tapi kau tak tepati ciri-ciri yang patut ada pada diri kau.

Apa ciri-ciri tu?

1. Lelaki Melayu muda mesti ada sokong team bola.
2. Lelaki Melayu  muda mesti suka tengok bola.
3. Lelaki Melayu muda mesti borak pasal bola.
4. Lelaki Melayu muda mesti sokong team bola Malaysia.
5. Lelaki Melayu muda mesti ada baju bola.

Of kos, banyak lagi ciri-ciri lain, tapi yang atas tadi yang relevan untuk topic kita.

Jadi kalau ciri-ciri tadi tak menggambarkan diri kau, macam mana?

Adakah maksudnya kau bukan lelaki melayu muda? Jadi kau apa? Lelaki muda bukan Melayu? Lelaki Melayu Tua? Bukan Lelaki Melayu muda?

Masalah eksistensial ni bro.

Selama ni, memang aku buat donno je konflik-konflik dalaman ni, dan hiraukan bola seratus-peratus sebab sumpah aku memang tak minat.

Tapi semakin aku bertambah usia, dan meniti tahun-tahun terakhir umur 20-an aku, keinginan untuk menjadi normal macam orang lain semakin kuat.

Aku pun nak ada identiti stable sebagai lelaki Melayu muda.

Kalau ada identiti yang mudah dijelaskan, senang nak jual kat awek.

Kalau ada awek, barulah betul normal.

Jadi aku cuba tengok bola. Aku buat segala benda yang kawan-kawan macho aku buat.

Aku pilih team untuk sokong.

Aku bangun pagi buta untuk follow match diorang.

Aku borak pasal bola bila jumpa kawan-kawan.

Aku pesan baju bola, tapi tak dapat sebab habis stok.

Sepanjang Euro 2012, aku jadi penyokong tegar Germany. Facebook page dia aku like, replay aku tengok, aku masuk YouTube aku tengok lagi highlights.

Dari start sampai habis memang aku ikut team tu. Sayang diorang kalah dengan Italy masa semi-final.

Adakah aku semakin normal? Entahlah.

Betul, memang sekarang lagi senang aku nak masuk borak dengan lelaki-lelaki random.

Bukan setakat lelaki random, kawan-kawan aku pun.

Bola ni memang topik universal yang serbaguna untuk bina persahabatan antara lelaki.

Bukannya diskusi mendalam pun, tapi sekadar perasaan dan penceritaan semula apa yang disaksikan masa match pagi tadi. Itu sahaja sudah cukup untuk buat lelaki lain rasa selesa berborak dengan kau.

Serius aku terkejut.

Aku punyalah baca bermacam-macam jenis buku selama ini untuk jadi “interesting”, rupa-rupanya orang nak berborak pasal rembat Klose.

Mungkin sebab gol lawa dalam quarterfinal lawan Greece tu satu insiden bersejarah penuh emosi, macam 9/11 dan Bersih.

Mereka yang sama tengok match tu juga telah sama rasa perasaan tu. Disebabkan mereka juga rasa benda yang sama, mereka telah jadi saudara sebola, yang telah rasa suka sedih bersama-sama.

Aku rasa fenomena ini menarik.

Hanya sebab kau tengok 5 saat permainan yang sama, kau dah diterima sebagai seorang sahabat yang boleh dibawa duduk bersama-sama.

Benda yang sama tak jadi kalau kau kaki sastera. Haram budak-budak sastera ini nak discuss dengan kau semata-mata sebab kau pernah baca sajak Usman Awang.

Ada satu idea, “social capital”, di mana aktiviti, pengalaman, latar belakang tertentu, menjadi satu bentuk modal yang memudahkan transaksi sosial di antara kau dengan orang di sekeliling.

Macam duit jugak – semakin banyak aktiviti, pengalaman kau yang beri social capital, semakin banyak interaksi yang kau boleh “beli” dari orang lain.

Setakat eksperimen bola ini, aku rasa betullah ada social capital yang lebih berharga dari capital yang lain. Yakni, bola lebih berharga dari buku. Begitulah cara masyarakat menghargainya.

Itu satu.

Kedua, pengalaman ini timbulkan persoalan dalam kepala aku: berapa ramai orang yang betul-betul ikut bola sebab minat, dan berapa ramai yang menggunakan bola sebagai satu cara untuk dapat hidup dalam masyarakat?

Katakan bola hilang status tingginya, selain dari mereka yang memang hardcore bermain, menonton, bermimpi bola, berapa ramai yang akan tinggal bangun pagi buta untuk tonton match team-team jauh di seberang dunia?

Adakah mereka yang menonton untuk popular ini akan dengan mudahnya ubah selera mereka kepada benda lain yang tengah hot masa tu?

Kalau mereka lakukan semua tu, apa jadi pada ciri-ciri identiti lelaki Melayu muda tadi? Adakah ia akan serta-merta diubah mengikut trend?

Aku tak nak kata identiti lelaki Melayu muda ni rapuh, tapi eksperimen Euro aku yang pendek tu pun dah buat aku rasa identiti demografik ini tidak dibentuk dengan penuh.

Masih lagi watak pak pacak, kalau nak guna bahasa filem.

Jadi kesimpulannya apa?

Buat diri aku sendiri, aku tak rasa lepas 2 minggu jadi kipas susah mati Germany ni aku rasa lebih seperti seorang Lelaki Melayu Muda, tetapi aku nampak apa gunanya ambil tahu pasal budaya ini untuk hidup dalam masyarakat.

Tapi untuk aku terus tengok dan sokong? Susah bro.


Limau Daun Merah kadang-kadang konfius sama ada dia buah ataupun orang. Dia kadang-kadang rasa dirinya bagai satu komoditi massa tapi pada masa yang selesa berehat di belakang rumah jiran-jirannya.

Baca novel online Limau, Mencari Jentayu di Melbourne, di sini.

Advertisements
This entry was written by LDM and published on 03/07/2012 at 23:42. It’s filed under Essays, ISSUE2, Limau Daun Merah, Musings, Writings and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

One thought on “Kenal Bola, Kenal Diri by Limau Daun Merah

  1. ni mmg ckp pasal bola ke pasal benda lain ni?kalau pasal bola,serius sangat pn kamu..xdenya kalau x suka bola orang xnk kawan atau anggap bukan melayu muda

    jadi saya menganggap post ini hanyalah satu analogi…bernas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: